Showing posts with label KEMBARA. Show all posts
Showing posts with label KEMBARA. Show all posts

Friday, 6 July 2012




KAMI PEDULI UMAT ISLAM ROHINGYA
Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.


Sejak 3 Jun baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu dibunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.


Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.

Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan.


Manakala kampung  Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah dibakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.

Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh  wilayah Arakan.



Setakat ini  pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan  telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi  bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya  yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.


Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.


Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.


Lebih memeranjatkan kami, pihak keselamatan, polis dan tenterakini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.

Walaupun dharurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk   namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.


Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.


Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan  namun bukan untuk melindungi mereka akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.


Kelmarin, 9 Jun sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.


Terbaru, 10 Jun dua kampung paling besariaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh, masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.


Dari maklumat terkini semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.


Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.


Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand 150,000 di Pakistan  40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.


Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat  Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar.


Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan , pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.


Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memiliki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.


Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.


Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.


Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan, kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.


Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA


Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agung MAPIM





Wednesday, 7 March 2012

JALAN-JALAN MOSCOW


Assalamualaikum wbt
Dari blog seorang insan..
selamat membaca.
------------------------------------------
dsc_0110
Lima hari tidak menulis di sini, terasa kosong hidup. Tapi sesungguhnya hidup ini amatlah tidak kosong. Macam-macam terjadi dalam tempoh lima hari yang berharga ini. Termasuklah saya telah menjumpai sebuah hoard berisi syiling lama tinggilan Sepanyol. Hahaha. Eh, melebih sudah saya ni.
Semalam petang, dalam perjalanan balik dari hospital, saya bersama Nazlin dan Israfil singgah di Center. Kami dengar cerita, ada kedai menjual nasi dengan kari makanan laut. Semua tengah lapar. Digagahkan juga meredah hari hujan untuk mendapatkan nasi dengan lauk kari yang macam ajaib saja bunyinya ini. Mana pernah jumpa set makanan berlaukkan kari yang rasanya dah ala-ala pajeri nenas yang sangat sedap macam ni, kan. Orang Moscow ni bermimpi sampai ke Kerajaan Melayu Melaka zaman Parameswarakah sampai terbuka hati nak jual lauk kari ni?
dsc_0123
Selesai makan, kami lihat di Kremlin sedang ada perarakan memperingati veteran perang sempena Victory Day yang disambut Rusia pada setiap 9 Mei. Upacara-upacara sembah hormat dan menggantungkan kalungan bunga serta perarakan daripada Eternal Flame ke depanHistorical Museum sudahpun bermula. Hari hujan renyai. Tapi kami bertiga pergilah menjenguk sekejap ke sana.
Selepas itu, kami ke titik paling tengah di Moscow ini, letaknya di pintu masuk ke Red Square. Kelakar sungguh. Nazlin dan Israfil tak pernah tahu akan hal itu! Sudah duduk di Moscow selama enam tahun pun, ada macam-macam fakta sejarah yang masih belum tahu. Berseronok sekejap di situ, melayankan aksi-aksi ketagih bergambar dengan aksi macam-tak-pernah-sampai-Moscow, kemudian barulah hendak bergerak balik.
Tapi, Israfil menyebut pula tentang kewujudan Muzium Arkeologi yang terdapat di dataran menuju ke Ploshad Revolutsy. Kami pun ambil keputusan untuk turun ke sana. Subhanallah! Selama ini, saya tak pernah sedar akan kewujudan muzium bawah tanah di situ! Ini lagi seorang. Konon dah enam tahun duduk di sini. Muzium sebesar alam tu pun tak pernah tahu. Nyah kau dari Moscow sekarang juga. Hahaha. Pintu masuknya kecil saja. Muziumnya memang besar tapi di bawah tanah. Mana nak sedar, kan. Haha. Alasan terbaik!dsc_0202
Saya memang suka membaca buku-buku sejarah berkaitan Rusia, komunisme dan pelbagai lagi yang bersangkut paut tentang penubuhan negara ini. Dulu, saya pernah membaca tentang kubu bawah tanah milik Kremlin Moscow yang berpintumasukkan gerbang air tersembunyi di sepanjang Sungai Moscow yang mengarah ke tebing di Kitay Gorod. Baru semalam saya dapat saksikan sendiri tinggalan kota bawah tanah ini! Takjub sungguh melihat semua itu.
dsc_0147
Mana tidaknya. Kalau ke Kota A’ Famosa atau Padang Kota di Penang, semuanya kota di atas tanah, ada kubu tinggi itu ini itu ini. Di sini, kubunya besar di bawah tanah. Yang di atas tanahnya pun sudah cukup gah, yang di bawah tanahnya lagilah gah! Ada tembok penahan air sungai, ada jambatan bawah tanah, ada tempat anak kapal perang disorokkan. Siapalah yang bijak sangat membina kubu ni. Membuat orang kagum ternganga mulut tak sudah-sudah saja semalam.
dsc_0138
Apa yang saya faham, hanya sebahagian saja daripada kawasan kubu ini yang dipulihara untuk dijadikan kenangan warisan. Sebahagian besar yang lain sudahpun dirobohkan selepas selesai kajian arkeologi dibuat. Tahukah anda wahai penduduk Moscow, tapak pusat membeli-belah bawah tanah, Manezh Shopping Complex itu, adalah tapak lama kubu bawah tanah milik Kremlin Moscow? Iya. Itulah faktanya. Dan menurut apa yang saya faham juga, Manezh dibina selepas siap kawasan itu dikaji dan kesan korek-korek tebuk-tebuk tanah itu terus dijadikan bangunan dalam tanah seperti yang ada sekarang ini.
dsc_0184
Orang Rusia ini memang hebat. Mereka sangat hebat mengorek tanah. Hahaha. Cukuplah buktinya ada dua saja tapi kedua-duanya adalah hebat. Pertama ialah kewujudan kubu bawah tanah milik Kremlin Moscow ini yang berfungsi sebagai kota kedua selepas Kota Kremlin di atasnya. Kedua ialah kehebatan sistem pengangkutan bawah tanah (Metro) yang berselirat dan terletak bukan setakat 100 meter ke bawah tanah malah jauh lebih dalam dari itu. Percayalah. Ada yang dalam setinggi bangunan 10 tingkat ke bawah tanah. Fuh. Dari bawah, takkan nampak puncak escalator yang dinaiki. Tahukah anda stesyen apakah itu wahai penduduk Moscow? Kalau tak tahu, nyah kau dari Moscow sekarang juga. Huhu.
dsc_0282
Tahukah juga kamu wahai penduduk Moscow bahawa aqueduct (gambar atas) yang mengalir di depan Kremlin, yang memisahkan Manezh (yang di bahagian luarnya ada McDonalds, Planeta Sushi, Sbarro) dengan kawasan dataran di depan Eternal Flame itu, adalah kesan tinggalan laluan kapal bawah tanah suatu masa dulu? Sungguh hebat, kan? Sila angguk. Hebat sungguh mereka boleh terfikir hendak membuat laluan rahsia kapal yang menghubungkan Sungai Moscow yang mengalir di tepi tebing kubu di Kitay Gorod dan tembus keluar di tepi tebing kubu di Kuznetsky Most. Saya rasa mesti ramai yang pening dengan nama-nama tempat yang saya sebutkan ini. Layankan sajalah. Saya menulis untuk kenangan dan memori saya di hari muka.
dsc_0216

Tak rugi saya membayar 150 Ruble untuk kupon kamera. Dapatlah saya mengabadikan kenangan di situ. Tahukah juga anda wahai penduduk Moscow, duit Ruble dulu hanya bersaiz sebesar kuku jari manis anda pada kurun ke-17? Dan seratus tahun berikutnya, duit syiling perak di sini bersaiz sebesar penutup lensa Nikon? Haha. Ketara sungguh pembangunan yang dikecapi dalam masa 100 tahun itu.
Sebaik keluar dari muzium di bawah tanah itu, hari sudahpun panas terik di luar. Kami singgah di dataran kubah di atas Manezh. Pergi melihat kubah (peta dunia) yang berpusing mengikut masa di tempat masing-masing dan tulip. Tulip sudah kembang sempena Victory Day. Maka kami pun apa lagi. B E R G A M B A R !
dsc_0226
hey..hey..gambo asli ni tau

Nota 1: Bayaran masuk ke Muzium Arkeologi Moscow hanya 30 Ruble saja bagi pelajar. (Kupon untuk kamera lagi mahal. Takpe. Saya tak menyesal. Haha.)
Nota 2: Di dalam muzium itu ada hoard lama milik Sepanyol berisi beribu-ribu keping syiling lama. Kan saya dah kata, hidup saya berharga sangat dalam lima hari ini sebab jumpa hoard purba. :mrgreen:
Nota 3: Kenapa saya menyebut Kremlin Moscow dalam entri di atas? Apa di tempat lain ada Kremlin lainkah? Jawapannya ya. Kremlin bermaksud kubu pertahanan. Di beberapa tempat lain di Rusia ini turut mempunyai Kremlin. Sebuah lagi Kremlin yang pernah saya pergi ialah di Nizhny Novgorod. Bezanya cuma saiz. Kremlin Moscow adalah yang terbesar dan pernah menjadi kubu keselamatan untuk 6 orang Tsar silih berganti dan kaum kerabatnya.

Tuesday, 21 February 2012

KEMBARA DI BUMI ALLAH



                Jom baca pengalaman belajar di luar negaraoleh seorang blogger ni
                                                 .............................
Ya Allah Ya Rabbi. Saya amat sibuk dalam beberapa hari ini. Tidur pun tidak cukup. Duit pun mengalir macam air saja. Uruskan kargo barang-barang untuk dihantar pulang, ada kawan-kawan datang melawat dari Volgograd dan Nizhny Novgorod bersama keluarga mereka dan pergi mencari cenderahati untuk dibawa pulang buat kali terakhir. Awal pagi sudah keluar dan akan sampai ke rumah semula sekitar 9 malam. Disebabkan hari masih cerah, tidak boleh terus tidur. Kena menunggu Subuh masuk dulu baru boleh tidur. Memang kurang tidur sungguh jadinya.
Jadi untuk kali ini, saya kemas kinikan cerita di St. Petersburg. Saya ke sana bersama Auyun, Faiz, Nazlin, Aizat dan ibu bapanya serta ibu bapa Azam. Sebenarnya percutian kali kedua saya di St. Petersburg ini banyak ragamnya. Cerita terperinci tak perlulah saya ceritakan. Empat hari tiga malam di sana. Tapi boleh dikatakan, hanya satu hari saja yang betul-betul berkualiti. Urghh. Tak mengapalah. Benda dah jadi pun. Saya pun belajar banyak perkara tentang ragam manusia sepanjang berkelana ke sana.
dsc_0019
dsc_0028
dsc_0055
dsc_0080
dsc_0110
dsc_0124
dsc_0192
Kebetulan, ketika kami semua di sana, St. Petersburg sedang mengalami kemuncak White Night. Tiada malam di sana. Sepanjang hari adalah siang. Cerah. Ada sambutan White Night berlangsung selama seminggu di sana pada ketika itu. Pada hari kedua, walaupun penat seharian berjalan di Peterhof, kami si anak-anak muda inipun keluar pada pukul 9 malam meninggalkan ibu bapa di rumah untuk menjelajah Kota Petersburg bagi menyaksikan fenomena White Night dan jambatan terbuka. Emak ayah Aizat dan Azam tidak larat untuk mengikut kami semua. Dah pancit dah. Hehe.
dsc_0222
dsc_0360
dsc_0436
dsc_0458
St. Petersburg terdiri daripada pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh Sungai Neva, cabangan Sungai Neva dan tali-tali air yang dibina merentasi kota itu. Disebabkan kewujudan tali air buatan manusia ini, St. Petersburg juga dikenali sebagai Venice of the North. St. Petersburg penuh dengan jambatan. Jambatan-jambatan utama di Sungai Neva yang mengalir menuju ke Laut Finland akan terbuka dua pada waktu malam untuk memberi laluan kepada kapal besar membawa barang dagang. Ini merupakan salah satu keunikan yang wajib disaksikan di sana. Sumpah sangat cantik suasana ketika itu. Ditambah pula dengan White Night yang menyebabkan suasana pada jam 1.30 pagi hanya kelihatan seperti waktu senja saja.
dsc_0611
dsc_0660
dsc_0668
dsc_0725
dsc_0769
Kami bertolak balik ke Moscow pada 24 Jun. Dan sebaik tiba di Domodedovo Airport, saya terus mengambil keluarga Dyana dan Farhana yang baru tiba dari Malaysia dan menguruskan penginapan mereka di hotel berdekatan dengan lapangan terbang sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Volgograd pada keesokannya. Selepas selesai semuanya, saya ke Domodedovo Airport sekali lagi .Mengembara di bumi ALLAH la katakan.
copied ;)