Wednesday, 7 March 2012

JALAN-JALAN MOSCOW


Assalamualaikum wbt
Dari blog seorang insan..
selamat membaca.
------------------------------------------
dsc_0110
Lima hari tidak menulis di sini, terasa kosong hidup. Tapi sesungguhnya hidup ini amatlah tidak kosong. Macam-macam terjadi dalam tempoh lima hari yang berharga ini. Termasuklah saya telah menjumpai sebuah hoard berisi syiling lama tinggilan Sepanyol. Hahaha. Eh, melebih sudah saya ni.
Semalam petang, dalam perjalanan balik dari hospital, saya bersama Nazlin dan Israfil singgah di Center. Kami dengar cerita, ada kedai menjual nasi dengan kari makanan laut. Semua tengah lapar. Digagahkan juga meredah hari hujan untuk mendapatkan nasi dengan lauk kari yang macam ajaib saja bunyinya ini. Mana pernah jumpa set makanan berlaukkan kari yang rasanya dah ala-ala pajeri nenas yang sangat sedap macam ni, kan. Orang Moscow ni bermimpi sampai ke Kerajaan Melayu Melaka zaman Parameswarakah sampai terbuka hati nak jual lauk kari ni?
dsc_0123
Selesai makan, kami lihat di Kremlin sedang ada perarakan memperingati veteran perang sempena Victory Day yang disambut Rusia pada setiap 9 Mei. Upacara-upacara sembah hormat dan menggantungkan kalungan bunga serta perarakan daripada Eternal Flame ke depanHistorical Museum sudahpun bermula. Hari hujan renyai. Tapi kami bertiga pergilah menjenguk sekejap ke sana.
Selepas itu, kami ke titik paling tengah di Moscow ini, letaknya di pintu masuk ke Red Square. Kelakar sungguh. Nazlin dan Israfil tak pernah tahu akan hal itu! Sudah duduk di Moscow selama enam tahun pun, ada macam-macam fakta sejarah yang masih belum tahu. Berseronok sekejap di situ, melayankan aksi-aksi ketagih bergambar dengan aksi macam-tak-pernah-sampai-Moscow, kemudian barulah hendak bergerak balik.
Tapi, Israfil menyebut pula tentang kewujudan Muzium Arkeologi yang terdapat di dataran menuju ke Ploshad Revolutsy. Kami pun ambil keputusan untuk turun ke sana. Subhanallah! Selama ini, saya tak pernah sedar akan kewujudan muzium bawah tanah di situ! Ini lagi seorang. Konon dah enam tahun duduk di sini. Muzium sebesar alam tu pun tak pernah tahu. Nyah kau dari Moscow sekarang juga. Hahaha. Pintu masuknya kecil saja. Muziumnya memang besar tapi di bawah tanah. Mana nak sedar, kan. Haha. Alasan terbaik!dsc_0202
Saya memang suka membaca buku-buku sejarah berkaitan Rusia, komunisme dan pelbagai lagi yang bersangkut paut tentang penubuhan negara ini. Dulu, saya pernah membaca tentang kubu bawah tanah milik Kremlin Moscow yang berpintumasukkan gerbang air tersembunyi di sepanjang Sungai Moscow yang mengarah ke tebing di Kitay Gorod. Baru semalam saya dapat saksikan sendiri tinggalan kota bawah tanah ini! Takjub sungguh melihat semua itu.
dsc_0147
Mana tidaknya. Kalau ke Kota A’ Famosa atau Padang Kota di Penang, semuanya kota di atas tanah, ada kubu tinggi itu ini itu ini. Di sini, kubunya besar di bawah tanah. Yang di atas tanahnya pun sudah cukup gah, yang di bawah tanahnya lagilah gah! Ada tembok penahan air sungai, ada jambatan bawah tanah, ada tempat anak kapal perang disorokkan. Siapalah yang bijak sangat membina kubu ni. Membuat orang kagum ternganga mulut tak sudah-sudah saja semalam.
dsc_0138
Apa yang saya faham, hanya sebahagian saja daripada kawasan kubu ini yang dipulihara untuk dijadikan kenangan warisan. Sebahagian besar yang lain sudahpun dirobohkan selepas selesai kajian arkeologi dibuat. Tahukah anda wahai penduduk Moscow, tapak pusat membeli-belah bawah tanah, Manezh Shopping Complex itu, adalah tapak lama kubu bawah tanah milik Kremlin Moscow? Iya. Itulah faktanya. Dan menurut apa yang saya faham juga, Manezh dibina selepas siap kawasan itu dikaji dan kesan korek-korek tebuk-tebuk tanah itu terus dijadikan bangunan dalam tanah seperti yang ada sekarang ini.
dsc_0184
Orang Rusia ini memang hebat. Mereka sangat hebat mengorek tanah. Hahaha. Cukuplah buktinya ada dua saja tapi kedua-duanya adalah hebat. Pertama ialah kewujudan kubu bawah tanah milik Kremlin Moscow ini yang berfungsi sebagai kota kedua selepas Kota Kremlin di atasnya. Kedua ialah kehebatan sistem pengangkutan bawah tanah (Metro) yang berselirat dan terletak bukan setakat 100 meter ke bawah tanah malah jauh lebih dalam dari itu. Percayalah. Ada yang dalam setinggi bangunan 10 tingkat ke bawah tanah. Fuh. Dari bawah, takkan nampak puncak escalator yang dinaiki. Tahukah anda stesyen apakah itu wahai penduduk Moscow? Kalau tak tahu, nyah kau dari Moscow sekarang juga. Huhu.
dsc_0282
Tahukah juga kamu wahai penduduk Moscow bahawa aqueduct (gambar atas) yang mengalir di depan Kremlin, yang memisahkan Manezh (yang di bahagian luarnya ada McDonalds, Planeta Sushi, Sbarro) dengan kawasan dataran di depan Eternal Flame itu, adalah kesan tinggalan laluan kapal bawah tanah suatu masa dulu? Sungguh hebat, kan? Sila angguk. Hebat sungguh mereka boleh terfikir hendak membuat laluan rahsia kapal yang menghubungkan Sungai Moscow yang mengalir di tepi tebing kubu di Kitay Gorod dan tembus keluar di tepi tebing kubu di Kuznetsky Most. Saya rasa mesti ramai yang pening dengan nama-nama tempat yang saya sebutkan ini. Layankan sajalah. Saya menulis untuk kenangan dan memori saya di hari muka.
dsc_0216

Tak rugi saya membayar 150 Ruble untuk kupon kamera. Dapatlah saya mengabadikan kenangan di situ. Tahukah juga anda wahai penduduk Moscow, duit Ruble dulu hanya bersaiz sebesar kuku jari manis anda pada kurun ke-17? Dan seratus tahun berikutnya, duit syiling perak di sini bersaiz sebesar penutup lensa Nikon? Haha. Ketara sungguh pembangunan yang dikecapi dalam masa 100 tahun itu.
Sebaik keluar dari muzium di bawah tanah itu, hari sudahpun panas terik di luar. Kami singgah di dataran kubah di atas Manezh. Pergi melihat kubah (peta dunia) yang berpusing mengikut masa di tempat masing-masing dan tulip. Tulip sudah kembang sempena Victory Day. Maka kami pun apa lagi. B E R G A M B A R !
dsc_0226
hey..hey..gambo asli ni tau

Nota 1: Bayaran masuk ke Muzium Arkeologi Moscow hanya 30 Ruble saja bagi pelajar. (Kupon untuk kamera lagi mahal. Takpe. Saya tak menyesal. Haha.)
Nota 2: Di dalam muzium itu ada hoard lama milik Sepanyol berisi beribu-ribu keping syiling lama. Kan saya dah kata, hidup saya berharga sangat dalam lima hari ini sebab jumpa hoard purba. :mrgreen:
Nota 3: Kenapa saya menyebut Kremlin Moscow dalam entri di atas? Apa di tempat lain ada Kremlin lainkah? Jawapannya ya. Kremlin bermaksud kubu pertahanan. Di beberapa tempat lain di Rusia ini turut mempunyai Kremlin. Sebuah lagi Kremlin yang pernah saya pergi ialah di Nizhny Novgorod. Bezanya cuma saiz. Kremlin Moscow adalah yang terbesar dan pernah menjadi kubu keselamatan untuk 6 orang Tsar silih berganti dan kaum kerabatnya.

No comments:

Post a Comment