Showing posts with label RELAKS JAP. Show all posts
Showing posts with label RELAKS JAP. Show all posts

Friday, 6 July 2012


CORET-CORET FACEBOOK

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."


Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah s.w.t. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

---
Demi sesungguhnya, kisah (teladan) Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran.(Surah Yusuf ayat 111)










~~<||"30 hari lagi ke bulan Ramadan"||>~~

Pejam celik pejam celik, bulan Syaaban sudahpun tiba. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, atas segala kurniaNYA sehingga ke saat ini. Alhamdulillah!

__________Tahukah anda?___________

Dalam bulan Syaaban, juga terdapat banyak peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku. Mari hayati peristiwa-peristiwa ini! ^^

PERISTIWA-PERISTIWA DALAM BULAN SYAABAN

1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !”

2. Penukaran Arah Kiblat

Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

4. Peperangan Zat Al-Riqa

Peristiwa peperangan Zat Al-Riqa tercetus akibat pengkhianatan di kalangan kabilah-kabilah Nadj terhadap kaum Muslimin. Tragedi ini telah mengorbankan sehingga 70 orang kaum muslimin.Peperangan ini dinamakan Zat Al-Riqa (peperangan yang bertampung) oleh kerana tentera Islam pada ketika itu ramai yang telah pecah tapak kaki ketika dalam perjalanan.

Jawatankuasa IHRAM
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2011/12










Siapa yang tak sanggup lakukan 8 perkara itu haruslah lakukan 8 perkara ini supaya mencapai pahala yang 8 itu.


1) Sesiapa yang ingin mendapat pahala puasa sunat sedangkan dia tidak berpuasa, maka jagalah lidahnya.

2) Sesiapa yang ingin kelebihan seperti para ulamak, maka hendaklah dia suka berfikir.

3) Sesiapa ingin pahala Jihad sedangkan dia berada di rumah, hendaklah dia berjihad melawan syaitan.

4) Sesiapa yang ingin pahala sedekah sedangkan dia tidak mampu bersedekah, maka hendaklah dia mengajar ilmu daripada apa yang dia telah pelajari.

5) Sesiapa yang mendapat pahala haji sedangkan dia tidak mampu, maka hendak sentiasa menunaikan solat Jumaat.

6) Sesiapa yang ingin Fadhilat Ahlul Ibadat, maka hendaklah dia memperbaiki hubungan sesama manusia dan jangan menimbulkan persengketaan sesama manusia.

7) Sesiapa yang ingin mencapai Fadhilat Abid ( Orang yang sentiasa dalam ibadat kepada Allah SWT ) , maka hendaklah dia meredhai kepada sahabatnya dengan apa yang dia redhai pada dirinya sendiri.

8) Sesiapa ingin mendapat pahala solat malam semasa tidur maka jangan melakukan maksiat pada siang harinya

Rujukan : Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 810.



Wednesday, 11 April 2012

COOL ~


Al kisah satu cerita...seorang pengawas pintar di salah sebuah sekolah asrama penuh bernama Shahir yang pernah dapat straight A dalam PMR  didenda kerana 'kantoi' mengedar & hisap rokok di kawasan sekolah..
Hari ini di depan perhimpunan, cikgu Mat a.k.a cikgu disiplin tercegat sambil merenung tajam si sharir yang tampak rileks ala-ala 'cool'.

Dengan garaunya cikgu Mat bersuara :OK murid2, inilah akibatnya kalau nak tunjuk 'terror' kat sekolah!!

Cikgu Mat : Shahir b Sabu..adakah anda mengaku bersalah??
Shahir        : Ya cikgu, saya bersalah. Saya hisap rokok sebab ia buat saya rasa 'cool'.

.....begitulah jawab shahir dgn selambanya..

Cikgu Mat : Oh, sebab awak mengaku salah, awak akan dihukum...Tetapi memandangkan awak seorang pelajar pintar ,jika awak boleh menjawab soalan daripada cikgu fizik ni dgn betul,  maka hukuman awak akan diringankan. Adakah awak nak cuba ??

Dgn muka yg selamba lagi tersengih si shahir menjawab:
 " Ok cikgu, saya confident boleh jawab..sebab saya  "cool" :)

Cikgu Mat : Baiklah, dengar soalan cikgu fizik ni baik-baik...
Shahir       :  'Ok cikgu..no hal'...

Cikgu fizik : Dengan menggunakan fizik konsep yang betul, antara 'kena penampar' dan kena 'rotan'..manakah yang lebih sakit jika daya hayunan yang dikenakan adalah sama??? Terangkan kenapa ??

..Shahir terus tersenyum :) bila mendengar soalan tersebut..lalu menjawab seperti berikut..

Shahir       : Mestilah kena rotan lagi sakit.

Cikgu Mat : OK!, kenapa???

Shahir       : Kalau kita tengok, rotan tu batangya halus. Luas permukaan atau 'area'nya kecil. Kita ambil konsep 'pressure', iaitu  Pressure = Force / Area...memandang kan ''pressure' berkadar songsang dengan 'area'..Jadi kalau 'area' kecil,  tekanan yang akan dikenakan akan bertambah. Kalau kena tampar tak sakit sangat kerana luas pemukaan tangan manusia lebih besar dari rotan ni. Sebab tu lah kena rotan akan rasa lebih sakit :)

Cikgu Mat : macam mana cikgu??..boleh terima ke


Cikgu Fizik: Hmm.. jawapan dia boleh diterima.

Shahir : heheh..kan saya dah cakap tadi, saya ni memang "Coo...."
(belum sempat shahir habis cakap, satu bunyi kuat melekap ke pipinya. PANGGGGG!!!!!)
Habis merah padam muka si Shahir)

Cikgu Mat: Disebab awak jawab dengan betul.. hukuman awak telah diringankan, maka awak hanya kena penampar..andai kata kalau awak jawab salah, sudah pasti awak kena rotan.

lalu dengan selambanya cikgu fizik pula bertanya...
"Amacam!...lepas kena penampar ada rasa "COOL" ke "HOT"????  Kalau "COOL" jugak maknanya kulit awak memang tebal seolah-olah mcm ada 'high specific heat capacity' :) 

So moral of the story..kalau pun kita pandai kat sekolah, cubalah belajar hormat guru dan patuhilah peraturan yang telah ditetapkan. Tak guna kalau pandai, tapi berlagak sombong. Lagi satu, merokok takkan menjamin yang kita akan menjadi lebih 'cool' walaupun kita seorang genius,...renung-renungkan lah!!


Nukilan 'original' cikgufizik@ www.physics4spm.com 

Read more: http://www.physics4spm.com/2010/06/physics-gossip-rotan-vs-penampar.html#ixzz1ridZQdSJ


Friday, 23 March 2012


CARA MENGENAL BERUS DARI BULU KHINZIR ATAU BABI

Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir (BABI)

Hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir:

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)

2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.

3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.

4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Penggunaan bulu khinzir atau khinzir hutan (dipanggil “Bristle”) kerana bentuk mereka yang keras dan kasar.

Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya yang bercabang (split ends).

Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi.

Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir.

Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.

Mungkin ada hikmah disebaliknya – agar umat Islam dapat membezakannya.

Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya.

Jadi, berhati-hatilah.

Insyallah dengan izinnya, semoga kita semua sentiasa dilindungi.


Ps: Sila share untuk pengetahuan ramai.

Saturday, 25 February 2012

SEBAB_SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP...???!!!


FAKTA YG MENGEJUTKAN.....
.harus semua ambil
iktibar...
SEBAB_SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP...???!!!
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur
di suatu ketika dulu. Hanya
boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja...
Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik
Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup.
Dinamakan "BILIK
TERAKHIR " adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai
mati pada keesokan harinya dibilik
gantung..
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.
Menurut kata
warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suar a-suara
sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi
dari Bilik Terakhir tesebut.
Tak kurang juga ada diantara warden yang
terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.
Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang
sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu
malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir"
itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00
pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran
bilik tersebut.
Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga
diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-
ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila sampai
je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba
hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,
"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " ahmad albab yg punyaaa " Ha
Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, ahmad albab yg punyaaaaaaaa ... "
udah tuuuuuuuuu.. ...... piiiiiii baca buku..

esok exam
....... ......... .....



Tahniah kerana minat membaca.
p/s:-maaf bagi yg terkena =) terkena.......la taghdap ya sodiq/sodiqai..sekadar gurauan utk menghilangkan stress sahaja :')

TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS


Selamat menduduki Peperiksaan Awal Tahun 2012 untuk semua pelajar-pelajar SMK (A) Wataniah,Machang..

 .

BERIKUT disenaraikan teknik  pembelajaran yang boleh diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :


1. Pilih satu tajuk dan baca nota.

2. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .


3. Baca dan garis fakta.

4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .

5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.

6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluru
han fakta daripada tajuk itu .
7. Susun fakta ( jika perlu ).

8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu 
.
9. Bandingkan apa yang kamu tulis.


10. Ulang hingga kamu puas hati.

11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.

12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.

13. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.




Kunci kejayaaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata. Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas.


Cara-caranya ialah :


* Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karangan asal.
* Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang penting sahaja.
* Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca.
* Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
* Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.

semoga berjaya dunia akhirat




Tuesday, 21 February 2012

KEMBARA DI BUMI ALLAH



                Jom baca pengalaman belajar di luar negaraoleh seorang blogger ni
                                                 .............................
Ya Allah Ya Rabbi. Saya amat sibuk dalam beberapa hari ini. Tidur pun tidak cukup. Duit pun mengalir macam air saja. Uruskan kargo barang-barang untuk dihantar pulang, ada kawan-kawan datang melawat dari Volgograd dan Nizhny Novgorod bersama keluarga mereka dan pergi mencari cenderahati untuk dibawa pulang buat kali terakhir. Awal pagi sudah keluar dan akan sampai ke rumah semula sekitar 9 malam. Disebabkan hari masih cerah, tidak boleh terus tidur. Kena menunggu Subuh masuk dulu baru boleh tidur. Memang kurang tidur sungguh jadinya.
Jadi untuk kali ini, saya kemas kinikan cerita di St. Petersburg. Saya ke sana bersama Auyun, Faiz, Nazlin, Aizat dan ibu bapanya serta ibu bapa Azam. Sebenarnya percutian kali kedua saya di St. Petersburg ini banyak ragamnya. Cerita terperinci tak perlulah saya ceritakan. Empat hari tiga malam di sana. Tapi boleh dikatakan, hanya satu hari saja yang betul-betul berkualiti. Urghh. Tak mengapalah. Benda dah jadi pun. Saya pun belajar banyak perkara tentang ragam manusia sepanjang berkelana ke sana.
dsc_0019
dsc_0028
dsc_0055
dsc_0080
dsc_0110
dsc_0124
dsc_0192
Kebetulan, ketika kami semua di sana, St. Petersburg sedang mengalami kemuncak White Night. Tiada malam di sana. Sepanjang hari adalah siang. Cerah. Ada sambutan White Night berlangsung selama seminggu di sana pada ketika itu. Pada hari kedua, walaupun penat seharian berjalan di Peterhof, kami si anak-anak muda inipun keluar pada pukul 9 malam meninggalkan ibu bapa di rumah untuk menjelajah Kota Petersburg bagi menyaksikan fenomena White Night dan jambatan terbuka. Emak ayah Aizat dan Azam tidak larat untuk mengikut kami semua. Dah pancit dah. Hehe.
dsc_0222
dsc_0360
dsc_0436
dsc_0458
St. Petersburg terdiri daripada pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh Sungai Neva, cabangan Sungai Neva dan tali-tali air yang dibina merentasi kota itu. Disebabkan kewujudan tali air buatan manusia ini, St. Petersburg juga dikenali sebagai Venice of the North. St. Petersburg penuh dengan jambatan. Jambatan-jambatan utama di Sungai Neva yang mengalir menuju ke Laut Finland akan terbuka dua pada waktu malam untuk memberi laluan kepada kapal besar membawa barang dagang. Ini merupakan salah satu keunikan yang wajib disaksikan di sana. Sumpah sangat cantik suasana ketika itu. Ditambah pula dengan White Night yang menyebabkan suasana pada jam 1.30 pagi hanya kelihatan seperti waktu senja saja.
dsc_0611
dsc_0660
dsc_0668
dsc_0725
dsc_0769
Kami bertolak balik ke Moscow pada 24 Jun. Dan sebaik tiba di Domodedovo Airport, saya terus mengambil keluarga Dyana dan Farhana yang baru tiba dari Malaysia dan menguruskan penginapan mereka di hotel berdekatan dengan lapangan terbang sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Volgograd pada keesokannya. Selepas selesai semuanya, saya ke Domodedovo Airport sekali lagi .Mengembara di bumi ALLAH la katakan.
copied ;) 

Sunday, 22 January 2012

Jika Anda Bijak Bestari Cuba Jawab


1.Apakah tiga buah masjid yang utama bagi Muslim menziarahinya?

2.Isteri Rasulallah s.a.w.yang pertama dan terakhir. Siapakah dia?

3.Bilakah disyariatkan zakat fitrah??

4.Surah apakah di dalam al-Quran mempunyai 2 tempat sujud sejadah??

5.Apakah istilah dalam al-Quran yang merujuk kepada bangsa manusia dan jin?

6.Apakah maksud

1 solat = 500 solat.
7.Siapakah manusia pertama yang menunggang kuda?

8.Namakan surah-surah yang bermula dengan lafaz ''Alhamdulillah''...?


9.Siapakah orang terawal yang menemuai air Zamzam??

10. Siapa yang membebaskan Bilal bin Rabah daripada terus menjadi hamba ?



Mana soalan yang dimaklumi jawapannya boleh dijawab dalam ruangan komen..

sekian ,terima kasih.

#Jawapan akan dimaklumkan kemudian. Akhir kata,penuhi masa cuti anda dengan perkara bermanfaat.