Showing posts with label Karya Islamik. Show all posts
Showing posts with label Karya Islamik. Show all posts

Friday, 19 October 2012


Kudis

AMARAN: Artikel ni pun panjang juga, ala-ala artikel Yong Yuk Chang. Tapi Insha-Allah tak rugi kalau baca habis. Moga bermanfaat! ;) Allahu a'lam...

***

Pak Hasim menggaru tangannya yang gatal.

Kruk kruk. Ohhh nikmatnya. Kruk kruk.

Pak Hasim tidak dapat menahan dirinya daripada menggaru. Sungguh gatal sekali kudis yang tumbuh di tangannya itu. Baru-baru ini dia sakit tangan. Dia sendiri tidak tahu punca sakit tangannya itu. Tidak berapa lama selepas itu, kudis pula timbul. Merata-rata. Bukan di satu dua tempat sahaja, malah empat, lima dan enam tempat yang berbeza. 

Macam beruk lagaknya Pak Hasim menggaru. Dia betul-betul tidak tertahan. Sekiranya dia cuba menahan diri daripada menggaru, nescaya akan mengalir air matanya, atau lebih teruk lagi perasaan seperti hendak terkencing dek kegatalan yang maha hazabnya. 

Kudisnya semakin menjadi-jadi. Mula-mula kulit tangannya menjadi kemerah-merahan sahaja, seperti ruam. Kemudian mula berbintik-bintik, macam jerawat anak muda remaja Sekolah Menengah Bukit Nanas. Ketika inilah kudisnya mula menjadi gatal. Kemudian kulitnya menggerutu, tak ubah macam katak puru Sungai Amazon.  Pak Hasim tidak tertahan lagi. Mulanya dia menggosok-gosok sahaja, dengan harapan rasa gatal itu akan segera hilang. Apabila tidak berjaya, dia mula menggaru perlahan-lahan, dengan jarinya. Dan apabila gatalnya tidak hilang, dia mula menggaru dengan kukunya. Aaaahhhh, sedap. 

Kruk kruk.

Tetapi gatalnya tidak mahu hilang juga. Kudisnya mula berair. Bernanah. Jijik. Dan berbau hanyir. Nak termuntah Mak Saonah melihatkan kudis yang melata pada tangan suaminya itu. Apabila tiba waktu makan, Mak Saonah akan duduk jauh-jauh daripada Pak Hasim. Kadang-kadang dia terpaksa menutup hidung dek bau kudis yang meloyakan. Dia cuba juga membantu dengan melumurkan bawang putih yang ditumbuk sehingga lumat. Namun kudis itu tidak juga reda. Malah semakin menjadi-jadi. Akhirnya selepas didesak, Pak Hasim ke klinik kerajaan 1Malaysia di pekan untuk mendapatkan rawatan.

Doktor Maimunah yang bertugas hari itu amat terkejut melihatkan keadaan kritikal Pak Hasim. Dia tidak pernah lagi melihat kes seteruk itu. Dia hairan kenapa Pak Hasim tidak mendapatkan rawatan lebih awal. Pak Hasim memberikan alasan tipikal; saya ingatkan tak apa-apa. Gatal-gatal biasa sahaja.

Doktor Maimunah hanya menggeleng kepala. Inilah perangai manusia, sudah terhantuk baru nak terngadah. Doktor Maimunah mengikis bahagian kulit tangan Pak Hasim yang sudah menggerutu dan rosak. Darah mengalir daripada luka-luka kikisan itu. Doktor Maimunah kemudiannya menyapu luka-luka itu dengan cecair antiseptik bagi mengelakkan jangkitan kuman. Kemudian dia mengarahkan pembantunya untuk membalut luka-luka itu dengan tampalan kain kapas.

Pak Hasim mengucapkan terima kasih kepada Doktor Maimunah. Dia pulang ke rumah dengan perasaan yang lega dan gembira. Lepas ni tak malulah lagi aku nak ke ke Kedai Kopi Si Itam itu! Pak Hasim menurut nasihat dan syor Doktor Maimunah dengan begitu berhati-hati sekali. Dia dibekalkan dengan ubat tahan gatal dan krim sapu yang perlu disapu pada kudis-kudisnya setiap malam sebelum tidur. Pak Hasim menuruti arahan yang diberikan dengan penuh taat sekali. Baca Quran sekali sehari pun tidak ditaati sebegitu rupa.

Tidak sampai seminggu kudis-kudis Pak Hasim mula surut dan akhirnya kulitnya pulih seperti sedia kala. Putih, gebu dan licin. Macam pakai losen Johnson & Johnson's. Mujarab sungguh ubat yang diberi Doktor Maimunah itu, walaupun klinik kerajaan sahaja, terdetik hati Pak Hasim yang cukup gembira dengan hasil rawatannya itu. Terima kasih Najib! Terima kasih 1Malaysia!

Beginilah Klinik 1Malaysia yang dikunjungi Pak Hasim bagi mendapatkan rawatan kulitnya. [Kredit Gambar]

Namun sakit tangan Pak Hasim masih tidak hilang. Dia masih mencari punca sakit tangannya itu. Namun dia buntu. Dia tidak dapat mengenalpasti punca atau sebab sebenar mengapa tangannya sakit.

Tidak lama selepas ubat dan krim sapu yang dibekalkan oleh Doktor Maimunah habis, kulit Pak Hasim gatal-gatal semula. Macam dulu-dulu juga. Mula-mula merah kemerahan seperti ruam, kemudian berbiji dan akhirnya menggerutu. Pak Hasim garu kepala. Dan menggaru tangannya.

Kruk kruk.

Kali ini dia tidak mahu tunggu lama-lama nanti lama-lama dia diambil orang. Eh. Apatah lagi setelah terpaksa memekakkan telinga mendengar cacian dan tohmahan daripada Mak Saonah. Pak Hasim terus bergegas ke klinik kerajaan 1Malaysia dengan motor kapcainya.

Kebetulan Doktor Maimunah juga yang bertugas pada hari itu. Doktor Maimunah berasa pelik, ubat yang diberikannya kepada Pak Hasim adalah ubat yang agak kuat untuk penyakit kulit seperti yang dihidapi oleh Pak Hasim. Kali ni dia melakukan diagnosis yang lebih teliti. Dia tidak menjumpai apa-apa yang luar biasa. Dia membuat andaian yang keadaan persekitaran Pak Hasim yang mungkin kotor dan tidak terurus menyebabkan masalah yang sama berulang lagi.

Kali ini Doktor Maimunah memberikan bukan sahaja ubat tahan gatal, malah ubat antibiotik juga. Dibekalkan juga krim sapu yang lebih kuat dosnya dan lebih besar bekasnya. Doktor Maimunah juga menyuntik Pak Hasim (walaupun Pak Hasim pada mulanya memprotes kerana takutkan jarum) dengan sejenis cecair istimewa untuk membunuh sebarang virus atau bendasing yang mungkin menjadi punca kepada penyakit kulit Pak Hasim itu. Dia juga menasihati Pak Hasim agar menjaga kebersihan dan mencuci pakaiannya dengan cecair Dettol yang boleh dibeli di pasaraya besar Billion dengan harga yang berpatutan. Kali ini Doktor Maimunah pasti yang kudis-kudis Pak Hasim tidak akan datang semula. Dia amat pasti dan berpuas hati.

Pak Hasim mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada Doktor Maimunah. Dalam hatinya dia berasa berbangga kerana ada juga anak Melayu yang kelihatannya betul-betul mengambil berat dengan nasib orang tua kerepot sepertinya. 

Sebulan selepas itu, gatal-gatal kulit Pak Hasim datang semula. Berkudis, seperti dahulu juga. Pak Hasim tidak dapat menahannya, dan menggaru kulit tangannya dengan penuh perasaan nikmat tetapi bersalah pada masa yang sama.

Kruk kruk.

***

Kita dan Kudis
Rasa-rasanyalah, anda dapat kaitkan tak cerita urban legend ini dengan kehidupan kita sehari-hari?

Kitalah Pak Hasim; yang dibelenggu dengan pelbagai penyakit dan masalah sosial yang semakin bermaharajalela. Anak remaja yang rosak akhlak, rasuah seperti kewajipan dalam setiap urusan, perpecahan yang tidak dapat lagi dielakkan, jenayah yang semakin menjadi-jadi... Setiap hari kehidupan kita seolah-olah menjadi semakin teruk. Sepatutnya hari-hari yang mendatang lebih baik daripada hari-hari semalam, namun itu tidak berlaku.

Lama-kelamaan, dek masalah yang pelbagai variasi dan rupa yang tidak ditangani dengan segera, penyakit-penyakit sosial ini bertukar menjadi kudis. Kurap. Kadang-kadang kita cuba merawati kudis ini dengan cara sendiri; mungkin memarahi anak gadis yang selalu keluar malam, atau memberi nasihat kepada rakan sepejabat yang kelihatannya korup, atau menubuhkan rukun Tetangga bagi mencegah jenayah di kawasan setempat. Dan kita berpuas hati dengan tindakan kita. Kita rasakan yang kita telah mengambil tindakan yang sewajarnya. Sama seperti apabila kita menggaru kudis-kudis di tangan. Nikmat. Gatal yang mengacau jiwa hilang dek garuan yang beterusan. Kruk kruk.

Tetapi selesai masalahkah? Tidak. Kudis tetap ada. Gatal datang semula. Malah menjadi lebih teruk lagi. Kudis mula bernanah dan mengeluarkan bau longkang.

Kita lupa kudis yang mula merebak berada di mana-mana, bukan di satu bahagian sahaja. Maka apabila nasi sudah menjadi bubur ayam McD, kita pergi mendapatkan rawatan. Doktor yang merawat, melihat kudis sebagai penyakit sebenar, berdasarkan kenyataan dan aduan daripada pesakit. Maka doktor memberikan diagnosisnya dan memberikan ubat untuk menghilangkan kudis.

Berkesan? Ya, kerana doktor pastinya tahu punca kepada kudis-kudis itu bukan? Tidak semestinya. Doktor hanya bertindak berdasarkan pemerhatiannya, disokong dengan kenyataan si pesakit. Tidak lama selepas itu, kudis datang semula.

Lihatlah sekeliling anda. Masalah-masalah sosial yang melarat cuba dirawat oleh 'Si Doktor' dengan penyelesaian yang tidak menyeluruh, tidak melihat kepada punca sebenar penyakit yang berlaku. Maka tertubuhlah Sekolah Hamil, cadangan untuk memberikan kondom percuma kepada remaja (tidak hairanlah harga getah naik!), mengedarkan jarum suntikan percuma kepada para penagih dadah, menerapkan pendidikan seks di sekolah-sekolah. Berkesan? Ya, mungkin. Tetapi tidak lama. Kerana kita hanya menyelesaikan simptom kepada penyakit yang berlaku dan bukannya punca penyakit sebenar.

Bangga saya menjadi rakyat Malaysia! Rakyat negara lain mampu...?? [Kredit Gambar]

Dan kita berasa kagum dengan rawatan yang diberikan oleh 'si doktor' kerana kita rasakan dia lebih mengetahui dan layak untuk memberikan rawatan. Maka kita menyokong mereka. Kita biarkan mereka merawat kita. Tetapi kita lupa yang si doktor melakukan rawatan berdasarkan laporan dan aduan daripada kita. Mereka juga mempunyai batasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Lantas jadilah seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul; dua-dua pihak tidak mendapat keuntungan yang diharapkan. Lebih teruk lagi, kita hanyut dalam keasyikan dan kesungguhan kita menyelesaikan masalah yang tidak mungkin selesai, hanya kerana kita memilih cara yang kurang tepat. Nah! Kan sudah membazir tenaga, wang, masa dan fikiran kita di situ?

Pak Hasim sepatutnya mencari punca kepada sakit tangannya, kerana itulah punca sebenar kepada kudis-kudis yang tumbuh di tangannya. Kudis-kudis itu hanyalah simptom kepada penyakit sebenar yang dihidapi Pak Hasim. Sekiranya Pak Hasim membiarkan sahaja kudis-kudisnya itu dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap punca sakit tangannya itu, sudah pasti penawarnya akan dijumpai. Sakit tangan hilang, kudis pun hilang!

Menyelusuri Sirah Nubuwwah
Melihat kepada kaedah Nabi SAW dalam menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam masyarakat Arab Jahiliyyah, kita pasti akan menemukan dengan penawar yang paling mujarab dan berkesan untuk merawat penyakit sosial yang berlaku.

Nabi SAW tidak terus ke pusat-pusat zina di Mekah dan menghambat penzina tegar dengan bambu dan sebagainya. Baginda SAW tidak terus melancarkan operasi menghancurkan gudang-gudang arak dan membakar pusat-pusat judi di Mekah. Baginda SAW tidak juga mengarahkan para sahabat r.a. yang ada bersama-samanya untuk menghancurkan berhala-berhala Lata, 'Uzza dan Sam yang begitu banyaknya di keliling Kaabah. Memang ada, tetapi bukan ketika peringkat awal dakwah Islam berlaku di tanah Arab.

Jadi apakah yang dilakukan oleh Nabi SAW? 

Aqidah. Baginda SAW mengajak para sahabat r.a. dan sesiapa sahaja yang mahu mendengar risalah yang dibawanya, supaya membebaskan diri mereka daripada perhambaan sesama manusia dan perhambaan kepada dunia material, dan menghambakan diri mereka kepada Tuhan yang satu; Allah 'Azza Wajalla. Dan apabila mereka dapat menerima konsep ini dengan sepenuh hati, taat sepenuhnya kepada Allah dan RasulNya, barulah Nabi SAW mula menyuruh mereka meninggalkan arak, melarang judi, melarang mereka memakan babi dan bangkai, menutup aurat dan sebagainya.

Nabi SAW merawat punca sebenar penyakit masyarakat ketika itu, barulah baginda SAW merawat simptom-simptom penyakit yang lain. Subhanallah.. Setelah masyarakat bangun daripada lena mereka, mula faham tujuan utama mereka dijadikan sebagai manusia di bumi Allah ini dan sedar mereka ada tanggungjawab yang lebih besar daripada makan, tidur, bekerja, kahwin dan bersuka ria, barulah masalah-masalah lain yang membelenggu dan menghantui masyarakat ketika itu dapat diselesaikan. Yalah, penyakit utama dapat disembuhkan, kudis dan kurap pun hilanglah!

Dan kesannya? Jika ketika itu sudah ada ijazah kedoktoran, pasti baginda SAW sudah pun menerima ijazah dan penganugerahan yang tertinggi kerana baginda SAW berjaya menyelesaikan  dan merawat kudis dan kurap yang dihidapi oleh masyarakat ketika itu dengan begitu berkesan sekali! Bayangkan, sebelum datangnya Islam, kejahilan masyarakat Arab jahiliyyah begitu terkenal dan menakutkan sekali sehinggakan dua empayar besar ketika itu, Rom dan Parsi tidak mahu campur tangan dalam sebarang urusan di tanah Arab ketika itu. Barbariknya masyarakat Arab jahiliyyah ketika itu sehinggakan kehidupan mereka tidak ubah seperti binatang, malah lebih teruk lagi.

Kedatangan Nabi SAW membawa cahaya baru kepada masyarakat Arab jahiliiyah. Baginda SAW merawat dan mendidik mereka, membentuk dan mentaujih mereka, sehinggakan mereka berjaya diuabh dan mengubah dunia. Walaupun Nabi SAW tidak berkesempatan melihat gahnya empayar Islam suatu hari nanti, para sahabat r.a. meneruskan legasi baginda SAW, menggunakan metod dan kaedah yang sama dalam merawat dan mendidik masyarakat. Dan nah! Islam gah di mata dunia sebagai professor, ustaz kepada alam.

Namun, kaedah Nabi SAW semakin dilupakan. Kaedah baginda SAW kini dilihat sebagai jumud, ketinggalan zaman dan tidak mungkin dapat diaplikasikan pada era moden ini. Benarkah begitu? 

Rahmat Seluruh Alam
Sekiranya Nabi SAW hanya diturunkan untuk orang Arab dan hanya relevan untuk zaman purbakala sahaja, maka nescaya Allah akan menurunkan nabi dan rasul lagi selepasnya. Tetapi baginda SAW adalah khatimul anbiya', penutup bagi segala nabi dan rasul. Lebih utama lagi, baginda SAW adalah rahmat untuk seluruh alam.

“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” 
Surah al-Anbiya', 21:107

Maka, sekiranya baginda SAW diturunkan sebagai rahmat untuk seluruh alam, pastinya baginda SAW juga adalah rahmat untuk kita pada hari ini. Ya, baginda tiada lagi bersama-sama kita pada hari ini. Tetapi ajarannya, legasinya masih segar dan utuh bersama-sama kita dalam bentuk al-Quran dan as-Sunnahnya.

Terpulang kepada kita sama ada kita mahu mengambil kaedah dan metod yang digunakan baginda SAW dalam merawat kudis dan kurap yang berleluasa di kalangan masyarakat. Telah terbukti cara yang digunakan dan diaplikasikan baginda SAW amat berkesan. 

Adakah Doktor Maimunah dalam kisah Pak hasim tadi boleh disalahkan kerana gagal merawat dengan Pak Hasim dengan sempurna? Ya, sebahagiannya, tetapi bukan salah Doktor Maimunah sepenuhnya. Doktor Maimunah bersalah kerana tidak memberikan diagnosis yang relevan dan sesuai dengan punca sebenar penyakit Pak Hasim. Tetapi, salah Pak Hasim sendiri kerana tidak menceritakan kepada Doktor Maimunah tentang sakit tangannya. Salah Pak Hasim kerana tidak bersungguh mencari punca kepada sakit tangannya itu. 

Maka suka atau tidak, salah kitalah sebagai anggota masyarakat yang membiarkan masalah sosial terus berleluasa. Kita sering merungut kerajaan tidak melakukan ini dan itu, tidak bersungguh-sungguh dalam mengatasi masalah yang ada. Tetapi apa peranan kita? Sudahkah kita memainkan peranan kita dalam sama-sama membanteras penyakit sosial yang sudah mula menjadi barah ini? Di mana kita ketika anak-anak muda remaja semakin hari semakin rosak, leka dan hanyut dengan keseronokan dunia? Di mana kita ketika pemandu-pemadu teksi dan polis-polis trafik meminta duit kopi? Di mana kita ketika jenayah rogol, ragut, pecah rumah dan macam-macam lagi begitu berleluasa?

Jadilah seperti Nabi SAW dan para sahabatnya, yang pada peringkat awal terpaksa membiarkan kudis-kudis itu merebak, kerana mencari dan merawat punca sebenar kepada penyakit yang menyerang masyarakat. Dan mereka berjaya.

Jom kita teruskan legasi Nabi SAW jom! ;) [Kredit Gambar]

Anda tidak mahu menjadi pemutus kepada mata rantai dakwah yang telah dimulakan Nabi SAW bukan..?? Maka apa lagi..? Ayuh! 

-gabbana-

Sunday, 22 January 2012

..Hikayatun..Cerita..Story..(Tamparan Seorang Alim)



Satu kisah yang mana seorang ateis ( tidak beragama ) bertemu dengan seorang alim lalu bertanya kepadanya 3 soalan. Pertama, dia bertanya adakah benar Allah itu wujud? Kedua, dia bertanya adakah jin dan syaitan turut merasa sakit di dalam api neraka? Bukankan jin dan syaitan diperbuat dari api. Ketiga, dia mempertikaikan berkenaan dengan qada' dan qadar. Setelah mendengar persoalan-persoalan itu tadi, orang alim itu terus menampar pipi orang ateis tersebut. Setelah itu beliau berkata, tamparan aku itu tadi telah menjawab ketiga-tiga soalan kamu tadi...

Lalu orang alim itu bertanya kepada si ateis tadi, adakah kamu rasa sakit apabila aku menampar kamu? Si ateis menjawab Ya. Orang alim itu membalas, adakah kamu dapat melihat rasa sakit itu? Si ateis menjawab Tidak. Kemudian orang alim itu berkata, begitulah perumpamaannya dengan kewujudan Allah. Kita tidak dapat melihat Allah tapi kita boleh merasa kewujudannya. Soalan pertama terjawab.

Untuk soalan kedua, orang alim berkata kepada si ateis, tadi kamu berasa sakit dengan tamparan aku bukan...tangan aku dijadikan daripada tanah dan pipi kamu juga dijadikan dari tanah. Jadi, jika tanah bertemu tanah akan berasa sakit, samalah juga apabila api bertemu api, pasti akan merasa sakit. Soalan kedua terjawab.

Untuk soalan ketiga pula, orang alim tadi bertanya kepada si ateis, adakah kamu tahu atau sedar yang aku akan menampar kamu pada hari ini? Si ateis menjawab, Tidak aku tidak tahu yang kamu akan menampar aku pada hari ini. Lalu orang alim tadi berkata, itulah qada' dan qadar. Segalanya telah tertulis dan ditetapkan oleh Allah swt bahawa aku akan menampar kamu pada hari ini sedangkan kamu sendiri pun tidak tahu akan perkara ini. Soalan ketiga terjawab.

Setelah mendengar jawapan dari orang alim, si ateis tadi telah memeluk islam...Allahuakbar..

Status Facebook Pilihan


 Berikut antara status-status yg mungkin dah biasa kita dengar atau dah baca, tapi sebagai ulangan buat diri kita yang memang sudah fitrah mudah lupa jom kita baca sekali lagi..refresh ingatan. Bak kata Abu Ya : Ibu kejayaan adalah ulangan..;)


 Muhasabah diri:

Bila handset low bateri cepat - cepat cari charge,
takut tak sempat nak bersms atau jawab call yang tersayang..

tapi yang hairannya bila terasa kekurangan iman di dada mengapa tidak di charge cepat-cepat atau sekerap yang mungkin.
Astaghfirullahal'azim,lalainya hati ini.


_____________________________________________


''ANDAI HARI INI AKU DIMAKAMKAN"
( Untuk Direnungkan )

Hari ini ku mati,
Perlahan...
Tubuhku ditutup tanah.
Perlahan...
Semua pergi meninggalkanku...

Masih terdengar jelas langkah² terakhir mereka,
Aku sendirian,
Di tempat gelap yg tak pernah terbayang,
Sendiri,
Menunggu pertanyaan malaikat...

Belahan hati,
Belahan jiwa pun pergi.
Apa lagi sekedar kawan dekat atau orang lain.
Aku bukan siapa² lagi bagi mereka...

Sanak keluarga menangis,
Sangat pedih,
Aku pun demikian,
Tak kalah sedih...

Tetapi aku tetap sendiri,
Disini, menunggu perhitungan.
Menyesal sudah tak mungkin.
Tobat tak lagi dianggap,
Dan maaf pun tak bakal didengar,
Aku benar² harus sendiri...

Ya ALLAH jika Engkau beri aku 1 lagi kesempatan,
jika Engkau pinjamkan lagi beberapa hari milikMU,
Untuk aku perbaiki diriku,
Aku ingin memohon maaf pada mereka...

Yg selama ini telah merasakan zalimku,
Yg selama ini sengsara karena aku,
Tersakiti karena aku...

Aku akan kembalikan jika ada harta kotor ini yg telah kukumpulkan,
Yg bahkan kumakan,
Yaa ALLAH Beri lagi aku beberapa hari milik-Mu,
Untuk berbakti kepada ayah & ibu tercinta...

Teringat kata² kasar & keras yg menyakitkn hati mereka,
Maafkan aku ayah & ibu, mengapa tak kusadari betapa besar kasih sayangmu,

Beri juga ya ALLAH aku waktu untuk berkumpul dgn keluargaku,
Menyenangkan saudara²ku..
Untuk sungguh² beramal soleh.

Aku sungguh ingin bersujud dihadapan-Mu lebih lama lagi..
Begitu menyesal diri ini.
Kesenangan yg pernah kuraih dulu,
Tak ada artinya sama sekali...

Mengapa kusia²kan waktu hidup yg hanya sekali itu...?
Andai aku bisa putar ulang waktu itu...

Aku dimakamkan hari ini
Dan ketika semua menjadi tak termaafkan
Dan ketika semua menjadi terlambat
Dan ketika aku harus sendiri...
Untuk waktu yg tak terbayangkan sampai yaumul hisab & dikumpulkan di Padang Masyar...

Ya RABB sampaikan salamku 
 utk sahabatku yg selalu mengingatkanku akan hari terakhirku didunia

....
___________________________________________________________




Solat Subuh = 2 rakaat = 4 minit
Solat Zohor = 4 rakaat = 6 minit
Solat Asar = 4 rakaat = 6 minit
Solat Maghrib = 3 rakaat = 5 minit
Solat Isyak = 4 rakaat = 6 minit ...


Total masa 'dating' ngan Allah = 27 minit
Total mase Allah bagi nikmat oksigen dn sebagainye = setiap saat
Tapi kebanyakan manusia skrang ramai yg cube untuk escape solat


padahal ape salahnye kite luangkan mase selame 27 minit daripada 1440 minit sehari bertemu dngan Allah?
Padahal Allah berikan kita nikmat penglihatan,oksigen dan sebagainya..

Fikir-fikirkanlah dan tidak salah kita saling nasihat menasihati sesama kita..



_______________________________________________________________






~*♥ jangan MENCARI tapi MENJADI ♥*~
jangan mencari yang baik , tapi jadilah yang baik .
jangan mencari yang sholeh ,taip jadilah akhwat sholehah ..
jangan mencari yang solehah ,tapi jadilah ikhwan sholeh .
... karna walaupun kita mencari tapi diri kita tidak menjadi , Allah tidak akan memberikan ..
namun jika kita menjadi , tanpa mencaripun Allah sudah menyiapkan .
karna untuk masalah jodoh , Allah akan memberikan sesuai dgn kepribadian & kadar keimanan kita
(QS.An-Nur:26)



_______________________________________________________

MACAM2 VIRUS..
penyakit ilmu ialah LUPA.
penyakit harta ialah BAKHIL.
penyakit syahwat ialah ZINA.
penyakit hati ialah DENGKI.
penyakit wanita banyak pada mulutnya ( mengumpat )
... penyakit lelaki banyak pada matanya ( memandang yang haram )....betul tak..??



___________________________________________________________




♥ Saya tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt...
♥ Saya tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH...

♥ Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada...
♥ Nak minta yg HENSEM, saya tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...
♥ Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA...

♥ Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya ...
♥ Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan
mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina + mengembangkan AGAMA..
♥ Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia... ♥



















Monday, 26 December 2011

Terhantuk *****


 أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع


Ni pengalaman sepanjang cuti Eidul Adha kat Jordan oleh seorang blogger. Hee. Kenapa tajuk dia Terhantuk Cinta? Sebab cerita ini untuk menghantukkan atau mengejutkan orang yang sedang bercinta (yang tak kawin lagi) di luar sana tapi duduk pegang2. Kadang2, bila dah sayang, syariat hilang entah ke mana. Kan? Lagi2 kalau kita ni jurusan agama. Takut jadi fitnah pula pada agama. Astagfirullah.. Sama2 kita beristighfar. Dan kepada wanita2 di luar sana, jangan bagi peluang langsung walaupun pegang je kecuali pada suami anda yang sah =)


(click di sini untuk versi facebook)
Selamat Membaca!


Friday, 23 December 2011

Jom Relaks..

Kisah 1
Pada suatu hari, Abu Bakar Al-Kalbi pergi ke Kufah untuk menemui seorang Hakim. Sebaik sampai di sana, dia berjumpa seorang lelaki yang sedang duduk berjemur di bawah panas matahari.

“Wahai tuan, di manakah rumah tuan hakim?” tanya Abu Bakar Al-Kalbi kepadanya. 

“Di belakangmu,” jawab lelaki itu. 

Abu Bakar berpatah balik ke belakang untuk mencari rumah yang dimaksudkan. 

Tiba-tiba lelaki itu menegur, “Subhanallah, mengapa engkau berpatah balik ke belakang?” 

“Tuan kata di belakangmu, jadi saya berpatah balik ke belakanglah,” jawab Abu Bakar dengan jujur.

“Dengarlah kataku ini wahai saudara. Ikramah meriwayatkan kepadaku dari Ibnu Abbas mengenai firman Allah iaitu surah Al-Kahfi, ayat 79 yang bererti, ‘Kerana di belakang mereka ada seorang raja yang mengambil setiap perahu dengan paksa.’ Ikramah berkata, di belakang mereka maksudnya di hadapan mereka,” kata lelaKi itu. Barulah Abu Bakar Al-Kalbi faham rumah tuan hakim yang dicari ada didepannya.

“Subhanallah” kata Abu Bakar kerana kagum. Kemudian dia bertanya, “Tuan ini siapa?”

“Abul Ghusn,” jawabnya. 

“Nama yang sebenar?” tanya Abu Bakar lagi. 

“Juha,” jawabnya.


Kisah 2
Abu Hasan menceritakan kisah seorang lelaki yang mendengar suara orang berteriak dan mengadu kesakitan di rumah Juha.

“Aku dengar suara pekikan di rumah tuan, apakah yang berlaku?” tanya lelaki itu kepada Juha.

“Jubahku jatuh dari atas rumah,” jawab Juha. 

“Err...jubah jatuh pun sampai terpekik-pekik?” 

“Engkau ini bodoh. Jika kau sedang memakai jubah dan jubah yang dipakaimu jatuh, bukankah engkau ikut jatuh bersama?” kata Juha.


Kisah 3
Pada suatu hari, seorang jiran Juha meninggal dunia dan dia bertanggungjawab ke atas majlis pengkebumian. Lalu, dia menemui seorang penggali kubur bagi menyuruhnya menggali sebuah kubur. 

Tetapi terjadi pertengkaran antara Juha dan penggali kubur itu berkaitan upah menggalinya. Tukang gali itu meminta upah sekurang-kurangnya lima dirham dan jika tidak, dia tidak mahu menggali. 

Juha tidak setuju bayaran sebanyak itu. Tiba-tiba dia pergi ke pasar membeli beberapa papan dengan harga dua dirham dan dibawanya ke kawasan perkuburan.

Orang ramai yang melihat bertanya kepadanya, “Apa yang ingin dibuat dengan kayu itu?”

Juha menjawab, “Si penggali kubur tidak mahu menggali jika dibayar sekurang-kurangnya lima dirham. Aku membeli papan ini dengan harga dua dirham saja. Aku akan tutup saja mayat jiranku dengan papan ini. Kemudian, aku akan meletakkannya di atas tanah perkuburan. Aku masih untung tiga dirham.” 

Kemudian dia menyambung, “Di samping itu, si mayat tidak terkena himpitan kubur dan terhindar dari pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur.”

AWEK vs USRAH

Zarif : Dengar cerita dah nak fly?

Hafiz : 21hb ni, 11 pagi.


Zarif : Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya…


Hafiz : Perkataan ‘akhirnya’ tu sangat kurang ajar…


Zarif : Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke?


...Hafiz : Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek.

Zarif : Biar betul! Kenapa awek tak nak dengan kau? Kau memilih sangat kot?


Hafiz : Hmmm entahlah. Tak berminat nak ada awek ni… kenapa aku nak kena ada awek?

Zarif : Bila kita ada awek ni, jiwa kita lagi tenang. Ada tempat nak luahkan perasaan, kongsi masalah. Kawan- kawan lelaki ni, kalau nak ajak lepak-lepak minum kat kedai, sembang-sembang kosong ke bola ke, tak ada masalah. Tapi kalau nak cerita part-part emosi ni susah sikit, nanti kita pulak kena kutuk mat jiwang la ape la. Kalau diorang dengar pun masalah kita, diorang tak ambil serius dan bagi cadangan merepek-repek. Akhirnya, masalah tak selesai, kita pulak yang kena gelak.

Hafiz : Lagi?


Zarif : Naluri manusia la kan, ingin disayangi dan menyayangi. Lelaki ni kan bersifat melindungi. Macam mana nak jadi pelindung kalau tak ada yang nak dilindungi kan?

Lagipun, lelaki ni walaupun nampak macho ke ganas ke keras ke, tapi sebenarnya jauh di sudut hati, kita ni nak jugak dimanja-manja. Takkan nak bermanja dengan lelaki pulak kan, hubungan terlarang, hehe…

Hafiz : Hmmmmm…


Zarif : Tapi tu pendapat aku la. Orang lain aku tak tahu. Aku nak cerita lebih-lebih pun, aku tak pernah ada awek. Huhu…

Hafiz : Pendapat aku pulak, kalau ikut pengalaman aku, kalau itu yang kita dapat bila ada awek, aku tak perlukan awek pun aku boleh dapat semua tu.


Zarif : Wow cerita sikit…

Hafiz : Aku ikut usrah. Dalam usrah aku, kitorang bebas je nak cerita masalah masing-masing. Siap kadang- kadang tu, kitorang menangis sama-sama. Tapi bukanlah bermakna kitorang ni jenis mat-mat jiwa, yang tak boleh nak sosial ‘huha-huha’ semua tu. Kadang-kadang kitorang pergi berkelah, camping, mandi sungai, jogging, main bowling. Ala-ala macam keluar dating dengan awek jugak la. Bezanya, keluar dengan ahli usrah ni, senang nak jaga syariat.
Biasalah manusia kan, kadang-kadang kitorang gaduh, tapi disebabkan masing-masing saling memahami manusia ni memang banyak kelemahan, senang je kami nak berbaik semula.
Pendek kata, aku nak cakap, nikmat-nikmat bercinta tu aku dah dapat dalam usrah.
Tentang naluri untuk melindungi pulak, aku juga bawak usrah untuk junior-junior aku. Setiap masa aku akan fikir, macam mana lah aku nak beri pendedahan agama yang berkesan untuk mereka. Setiap kali mereka buat salah, aku rasa sedih sebab gagal tegur mereka. Setiap kali mereka buat baik, aku akan rasa gembira, kerana tahu mereka akan dapat pahala. Setiap antara kami saling menasihati agar semua dapat membuat pilihan yang tepat, dalam menentukan halatuju di akhirat.

Zarif : Nampak macam ideal sangat je cerita engkau ni. Dulu pun aku ikut usrah, tak ada pun macam tu. Diorang ni cakap je ukhuwwah tu penting la ape la, last-last asyik bergaduh, usrah ponteng, naqib aku pun asyik cakap isi sama je setiap minggu. Aku pun bosan, aku keluar dari usrah tu.

Hafiz : Zarif, kita kena sedar, usrah ni bukan kumpulan malaikat. Usrah ni kumpulan manusia yang nak jadi baik, maknanya mereka belum baik lagi. Jadi setiap orang termasuk kita, bertanggungjawab untuk saling menegur kelemahan ahli, agar sama-sama kita tidak menjadi golongan yang rugi. Kan Allah berfirman, setiap manusia ni rugi, kecuali yang saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Allah suruh kita saling berpesan, bukan hanya menerima pesanan.

Zarif : Betul jugak eh. Aku tersilap! Dulu aku marah sangat, ikut perasaan. Sebenarnya naqib aku tu baik sangat, selalu tanya aku solat subuh jemaah ke tidak, siap tidur kat rumah aku lagi untuk pastikan solat subuh aku berjemaah. Banyak kesalahan aku pada dia, aku kena mintak maaf pada dia.

Hafiz : Kita kena la saling belajar untuk menerima diri masing-masing seadanya. Kan kalau bercinta dengan awek pun kita kena buat macam tu?
Eh tapi kau jangan salah faham, aku bukan gay! Aku masih bernafsu nak kahwin, dan aku sedar memang kita perlukan wanita dalam kehidupan. Cumanya, untuk mempunyai awek, aku tak nampak signifikan dia kat mana. Nanti bila aku dah serius nak kahwin, baru aku cari calon isteri.

Zarif : Huhu menarik jugak pandangan kau. Aku hormati pendapat kau. Lain kali kalau ada masa, kita boleh bersembang lagi. Mana tahu kau nak bercinta dengan aku pulak, nak bawak usrah online untuk aku… huhu… salam


Hafiz : Huhu Insyaallah. Salam…(dalam hati kata >alamak,kena aku hari ni..huhu)

Thursday, 22 December 2011

K-POP

Pada suatu hari........
'' Ayah, tengok abang Eri tu . Dengan gaya rambutnya, pakaiannye..woo..gempak jer nampak yah'' kata Aizat, seorang budak yang berumur 8 lapan tahun kepada ayahnya.

''Hmm...budak-budak zaman sekarang..macam2 gaya dicubanya..ish..ish..'' balas si ayah.

'' Mesti terpengaruh dengan K-POP la tu'' sambungnya lagi.

''hah?K-POP??ape tu,yah?'' tanya si anak dengan suara yang agak tinggi.

''K-POP tu korea pop lah. Ape la adik nie,ketinggalan zaman betul'' ..eh..eh..abang Eri menyampuklah.

''oo...yeke bang?mana la saya tahu, saya tak duduk kat sana..jadi, abang  pakai macam ni..dressing band dari sana la ye? influance  ape nih? '' tanya Aizat.

''Nie style boy band terkenal K-POP nih..pernah dengar tak nama kumpulan 2 PM?Kumpulan ni antara K-POP terbaik cam Beast, Super Junior, Big Bang, Supernova..Anyong Haseyo..hah..cakap Korea pun abang tau'' panjang lebar Abang Eri memberi ulasan

''Huyoo..'' ternganga Aizat mendengar penerangan itu.

''Huyoooooooooo, terer betul kamu nie yer..semua tau..Tapi, kalau kat Malaysia ni..yang kami tahu nyer 1PM jer..''  si ayah bersuara setelah beberapa ketika mendiamkan diri.

''1 PM?,tak pernah dengar pun band K-POP nama camtu!'' balas abang Eri.
''1 PM masuk waktu solat jumaat!!'' jawab si kecil.

sebaik sahaja mendengar kata-kata itu...abang Eri berasa sangat malu. Hari itu adalah hari Jumaat dan waktu zuhur hanya tinggal 10 minit lagi, sedangkan dia langsung tidak teringat yang hari itu adalah hari Jumaat..

nota kaki : Selamat menunaikan Solat Jumaat bagi kaum muslimin dan Solat Zuhur bagi kaum muslimat.


KELEBIHAN HARI JUMAAT

Nabi
 bersabda ”Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg matisyahid. Danbarangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya”.




Ibn Masud berkata ”Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannyakeselamatan.


Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.