Idea yang menarik dan mempunyai kelainan dari pemiliknya Mohd. Zainuri Mohd. Idrus yang membuka pusat tahfiz di kawasan resort.Maahad Tahfiz AnNuri yang berada di lokasi resort ladang Syamille Agro Farm & Resort, terletak di Kampung Chuar Hulu dekat pekan Kati, Kuala Kangsar, Perak.
Sekolah tahfiz dibuka kira-kira enam bulan lalu. Pelajar yang ditempatkan di sini berusia di antara 10 hingga 20 tahun. Jadual mereka bermula bermula pukul 5 pagi setiap hari. Selepas solat sunat tahajud dan diikuti sembahyang Subuh, barulah rutin pembelajaran dilakukan sehingga pukul 9 malam.
Mereka akan menghafaz 30 juzuk Al Quran, belajar agama dan didedahkan dengan kurikulum pendidikan yang sama seperti di sekolah biasa. Mereka mengikut sistem tahfiz Turki di mana pelajar boleh memilih surah yang ingin dihafaz tanpa mengikut urutan. Ini berbeza dengan kebanyak sekolah tahfiz di malaysia yang menggunakan sistem Pakistan dan Bangladesh di mana pelajar perlu hafal daripada surah pertama sehingga akhir secara berturutan.
Lebih menarik lagi ia adalah percuma. Perbelanjaan pembelajaran mereka diperolehi daripada aktiviti dijalan pusat tahfiz dengan menternak rusa(27), kambing (836) dan lembu betina (23 ekor). Ia turut mengusahakan ternakan ikan tilapia, keli, ayam kampung dan itik selain dusun buah-buahan. Pelajar juga mempelajari aktiviti berkenaan di hujung minggu mereka.
Bukan hanya sekolah tahfiz, di sini terdapat lima buah resort untuk kegunaan keluarga, sebuah vila, sepuluh bilik resort dan empat bilik asrama di kawasan seluas empat hektar.
.jpg)
No comments:
Post a Comment