Sunday, 26 February 2012

introspeksi keimanan







‎-dalam diri manusia ada seketul hati-

tak malu ke??

kita makan segala rezeki yang Allah SWT bagi, makan semua nak best, minum semua nak sedap..

tetapi untuk beribadah kepada Allah kita malas??
untuk ikut perintah Allah kita buat ikut suka je?


tahajud entah ke mana..
solat berjemaah sengaja dilengahkan..
Quran letak tinggi-tinggi sampai tak tercapai dek akal fikiran untuk membacanya..


Cube check al-Quran kat bilik masing2...

Ambil, pegang...

Sapu skali dgn tangan...

Berape banyak habuk t'lekat di jari..?

. . . . . BeRaT 66 . . . .
 


segala rezeki yang Allah kurniakan sepatutnya dimanfaatkan untuk makin meningkatkan kualiti ibadah dan kedekatan kepada Allah, bukan makin ingkar dan jauh daripada agama..

lebih memalukan, menggunakan nikmat Allah untuk bermaksiat kepadanya...ishh, tak malunya kita nih!

dengan tak jaga auratnya,
tengok hal yang dilarang,
cakap bohong dan menfitnah,
derhaka pada ibu bapa,
seumpamanya.....

kalau sesama makhluk tahu pulak kita nak segan...tetapi dengan Allah yang maha melihat bagaimana pula?



‎''dan jgnlah kamu mncampakkn diri kamu
ke dlm kebinasaan...'' (al baqarah,195)

Hargailah usia remaja mu!! =) 


tiada kehidupan tanpa ibadah,
makanan dan minuman, bukanlah tujuan kerana kita bukan hidup untuk makan,
ia cuma alat untuk mencapai matlamat...

matlamat yang agung, mardhatillah~

"Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?"


[QS; 55:13]




Saat menciptakanmu, Allah tidak pernah COPY-PASTE..

DIA buat SETTINGS hidupmu indah,
DIA pilih MINIMIZE kelemahan dan MAXIMIZE kelebihanmu,
Semua yg baik DIA INSERT ke dalam hidupmu.

DELETE semua kesalahan dan SAVE masa depanmu,
DIA akan selalu membawamu NEXT tanpa BACK dalam masa lalu,
bahkan SKIP saat kecelakaan akan menimpamu..

Saat kau perlu, DIA menyediakan HELP untuk QUIT dari masalahmu,
DIA selalu setia tunggu hatimu OPEN dan siap untuk DIA EDIT..

DIA takkan mau EXIT dari hidupmu sebab,
Engkaulah FILE berharga sebagai PRINT kasih-NYA,
Bahkan DIA rela CLOSE maut untuk menjadi OPTIONS keselamatanmu,
Jangan lupakan DIA..
 

tepuk dada, introspeksi keimanan...

"Aku tertawa (hairan) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengincarnya,
dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya,
dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya redha atau murka terhadapnya
."

[Salman al Farisi]



Bersyukurlah Kerana ALLAH SWT Sentiasa Bersama Kita, Dalam Ujian Dia Beri Peringatan. Dalam Kesenangan Dia Beri Kelapangan.

No comments:

Post a Comment