‘Tak kenal maka tak cinta’,begitulah kata-kata yang sering
kedengaran ketika minggu suai kenal para pelajar Tingkatan Satu di SMKA
Wataniah,sekolah kebitaraan BADAR dan Bahasa Melayu ini,Sekolah Kluster Kcemerlangan.TAHNIAH
kepada adik-adik yang telah terpilih untuk melanjutkan lagi pelajaran ke
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah . Diharap adik-adik dapat menyahut
cabaran semasa berada di Tingkatan Satu.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tiga hari
pogram tersebut berlangsung.Antaranya termasuklah USRAH,Pakaian menutup
aurat(daripada surat khabar),explorace dan Muhasabah diri.Nampaknya para palajar
Tingkatan Satu bersikap positif dalam program-program tersebut yang mengajar
mereka mengamalkan sikap bekerjasama,tolong-menolong dan hormat-menghormati. Mereka
juga belajar saling melengkapkan antara yang perlu.
Terdapat satu slot diman para pelajar Tingkatan Satu telah
didenda kerana lewat untuk berada dalam program mengikut masa yang telah
ditetapkan oleh para fasilitator. Bukannya niat mereka untuk mendera para
pelajar tersebut,tapi salah satu cara untuk mendidik mereka supaya menghargai
masa sebagaimana firman Alllah s.w.t dalam Surah Al-Asr,yang bermaksud, ”Demi masa,sesunnguhnya manusia itu berada dalam
kerugian,kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh”.Justeru
pihak fasilitator berharap agar adik-adik Tingkatan Satu dapat mengambil iktibar daripada
kejadian tersebut.Sudah tentunya kita akan berasa marah jika seseorang itu
tidak menepati janji.
Program ini bukan sahaja dapat membentuk sikap pelajar,malah
dapat megajar mereka cara solat dengan betul dan membuatkan mereka tidak segan
untuk bertanya para fasilitator mereka berkenaan hal-hal agama.
Pada akhir program,pihak fasilitator dan para pelajar
Tingkatan Satu telah mengadakan wida’iaitu bersalam-salaman .Hal ini jelas
dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara peserta program.Diharap
adik-adik dapat mengamalkan segala ilmu yang telah diperolehi sepanjang kem ini. Akhir kata, selamat maju jaya.
UKHWAH FILLAH~
No comments:
Post a Comment