Jumaat,23/12/2011
Berbahagialah kerana kita sedang bermusafir(doa dimakbulkan),ditambah pula hari ini adalah penghulu segala hari.Banyakkan beristighfar dan berdoa,semoga keberkatan mengiringi perjalanan kita.Sahabat-sahabatku,ini bukan tugas main-main,tugas kita ini kerja-kerja yang ditinggalkan oleh para nabi dan orang-orang terdahulu.Dugaan dan cabaran itu biasa,tempuhilah dengan hati yang tenang kerana makin banyak kita bersabar,makin besar ganjaran dari ilahi......
 |
| ustaz Hassan memberi taklimat program |
 |
| taklimat oleh master chief program,Qaff Qayyum |
Alhamdulillah,sekali lagi program dakwah bersama orang asli dengan kerjasama ABIM berjalan lancar.Program ini disertai oleh ahli-ahli BADAR samada yang masih lagi menuntut di SMKA Wataniah mahupun yang telah melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS seramai 40 orang.Antara guru pengiring yang mengikuti program ini,Ustaz Hasan,Puan Norhayati Mat dan Cik Roslina Mat.Perjalanan kami ke Kampung Sangwai,Pos Brooke berjalan lancar. Kami selamat tiba di sana kira-kira jam enam petang.Para peserta dakwah seramai 40 orang terus dibahagikan mengikut keluarga angkat masing-masing.Amek dan apak di sana menyambut baik kedatangan kami,apa tidaknya,kali ini sudah masuk fasa ke tiga kami berangkat ke sana.
 |
| antara peserta yang mengikuti program |
Sepanjang keberadaan kami di sana,sepanjang waktu diluangkan bersama dengan keluarga angkat masing-masing di rumah mereka.Pelbagai aktiviti juga telah dilakukan untuk mengeratkan lagi hubungan antara para peserta dengan keluarga angkat misalnya pertandingan menyumpit,memakaikan kain sembahyang untuk amek masing-masing dan bola tampar.Masa yang terluang juga digunakan untuk berbincang dengan amek masing-masing berkaitan agama.Perkara yang paling unik yang dilakukan adalah anak-anak angkat angkat memasak untuk keluarga angkat mereka pada waktu makan.Best sangat!!ini membolehkan anak-anak angkat yang tidak tahu memasak,belajar memasak daripada amek-amek mereka.
 |
| ketika bertolak ke sangwai |
Bukan senang untuk berdakwah di tempat tersebut kerana masih ada amek dan apak yang bukan beragama islam.Justeru,kami memerlukan strategi dakwah yang berkesan untuk menarik minat mereka terhada agama islam,seterusnya mempertingkatkan lagi ilmu agama dalam kalangan keluarga angkat.Selain itu,hubungan silaturrahim akan bertambah erat antara anak angkat dengan keluarga angkat.
 |
| makan bersama-sama keluarga angkat |
 |
| adik-adik angkat |
 |
| sempat beramah mesra bersama keluarga angkat |
Pejam celik,pejam celik empat hari sudah berlalu.Ini menandakan kami terpaksa pulang dari perkampungan tersebut.Rasa sedih memang dirasai ketika perpisahan ini.Masih lagi terngiang-ngiang lagi bahasa mereka ketika dalam perjalanan pulang.Diharap pada tahun hadapan aktiviti dakwah ini dapat lagi berjalan agar takkan hilang islam di dunia....
 |
| peserta bergambar bersama keluarga angkat |
 |
| bergambar bersama keluarga angkat |
rindu akan kesejukan malam di sana...aiisshh...sejuk bangett...huhu
ReplyDeletebagus ape kalo sejuk..nyamuk pun xsey gigit ..sengal gigi dio..haha
ReplyDeletepengalaman berselimut dengan sweater amatlah berharga,u tau apa...hehehe..
ReplyDeleteye la ..jgn lupa amek ng apak tu..
ReplyDeletesentiasa ingat la....mugo jadi anok demo doh,,hax3
ReplyDeletegi skali lagi takut demo h0p x ingat ko mg ..hi hi
ReplyDelete